Friday, July 10, 2009

Alam Sekitar

















Alam ialah anugerah Allah yang tiada ternilai harganya. Sebagai hambanya, kita haruslah menghargai dan memelihara keindahan alam ciptaan tuhan dengan menjaga kebersihan dan kehijauan alam. Marcapada, keindahan dan kehijauan alam semakin diabaikan oleh masyarakat Malaysia kerana keghairahan manusia mengejar kemajuan pada era globalisasi ini. Impaknya, pelbagai masalah pencemaran alam sekitar berlaku hingga menjejaskan kualiti hidup kita. Cogankata "Cintai Alam, Hargai Kehidupan" haruslah direalisasikan agar kualiti hidup yang cemerlang dapat direalisasikan .

Sebenarnya, ibu bapa memainkan peranan utama dalam menerapkan nilai-nilai murni iaitu mencintai keindahan alam sekitar. Hal ini kerana ibu bapa merupakan individu yang paling hampir dengan anak-anak dan anak-anak pula ibarat sehelai kain putih yang masih suci. Oleh itu, tanggung jawab ibu bapa adalah dengan mencorakkan kain putih tersebut dengan warna-warni yang menarik. Peribahasa Melayu,melentur buluh biarlah dari rebungnya harus diaplikasi dalam setiap institusi kekeluargaan. Sebagai contohnya, ibu bapa senantiasa mendidik anak-anak agar mengutamakan kebersihan diri sejak kecil lagi. Anak-anak juga diasuh dengan rutin harian cinta akan flora dan fauna. Natijahnya , anak-anak akan menyedari kemaslahatan menghargai alam pemberian Ilahi.

Makan ulam daun pegaga ,
Hati rasa sungguh gembira ;

Alam sekitar harus dijaga ,

Supaya hidup kita sejahtera .




Salam......................











































No comments: